...

Dari Jabir, ia berkata, Rasulullah Saw bersabda,

" Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah.

Dan  sebaik-baik manusia  adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia .”

(HR. Thabrani dan Daruquthni)

..




Bantuan Kemanusiaan

PROJEK BORNEO


Apa kita boleh buat dengan

berpendapatan tak sampai  RM20 sehari?



Mungkin ada yang kata Rm20 sehari masih boleh makan. Kita kena tahu Rm20 sehari tu bukan gaji bulanan, tapi gaji hari.

Bermakna kalau ada kerja adalah gaji, kalau takda mengharapkan Rm20 yang dapat hari sebelum.

..

Inilah realiti kehidupan kebanyakan masyarakat di Borneo

Selain dengan kehidupan yang serba kekurangan, pembangunan fasiliti dan pendidikan juga agak ketinggalan di kawasan-kawasan luar bandar.

..

Macam mana dengan fahaman AGAMA mereka?

Ya, ada pendakwah-pendakwah yang masuk keperkampungan mengIslamkan mereka. Tapi bila pendakwah-pendakwah ini balik, mereka Islam hanya pada nama.

Ini kebenaran pahit yang kita kena terima.

Dan kita perlu cari cara macam mana nak hadapi masalah ini.

..
Kami dari Yayasan Ikhlas menyedari isu-isu ini

Ini merupakan beberapa inisiatif kami untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan di Borneo dan menjalankan misi kemausiaan kami.



Wakaf Masjid dan Pusat Pendidikan

...

DEMI MASA DEPAN ANAK-ANAK BORNEO

Al-Huda merupakan sebuah pusat komuniti yang meliputi aspek pendidikan, kemasyarakatan dan komuniti. Ia terletak di Semporna, Sabah dan dikelilingi oleh pulau-pulau kecil di sekitarnya. 

Al-Huda diinspirasikan oleh sekumpulan anak muda yang melihat kesusahan keluarga dan isu kewarganegaraan telah menjadi penghalang buat anak-anak Semporna tidak menerima pendidikan yang sempurna termasuk pendidikan asas agama.

Ada di kalangan anak yang telah berusia belasan tahun tetapi masih tidak mengenal huruf. Selain faktor asnaf mereka juga adalah saudara baru kita.


SUMBANG DEMI ANAK-ANAK ASNAF

Selain itu, Al-Huda juga turut menempatkan surau, dewan serta cafetaria untuk digunakan oleh masyarakat sekitar. Pelbagai aktiviti dirangka seperti Solat Berjemaah, Kelas Fardhu Ain untuk golongan dewasa serta kelas Tahfiz. 


Pusat Komuniti Al-Huda

Al-Huda telah menjadi pusat bagi masyarakat Al-Huda membina harapan demi masa depan generasi mereka. Sekurang-kurang RM20,000 sebulan diperlukan bagi menampung kos operasi, elaun guru dan penyelenggaran Pusat Komuniti Al-Huda. 

..


Pembangunan Insfrasturktur

merupakan suatu inisitif Yayasan Ikhlas dalam membantu membaik pulih rumah, masjid, dan pusat pendidikan di Borneo. 

Fokus kami adalah supaya penerima manfaat memiliki fasiliti yang selesa untuk melaksanakan aktiviti utama mereka disamping berupaya memberi impak positif kepada masyarakat amnya 


Air Bersih

Air merupakan elemen paling penting dalam kehidupan. Terutama air bersih, kami juga membangunkan insfrastruktur bagi menyediakan air bersih kepada luar bandar Borneo.

..


Makanan dan Bahan Mentah
Bagi menyediakan keperluan asas seperti makanan dan bahan mentah. Agar penerimaan mereka dengan misi dakwah lebih terbuka.

Selain itu, kita juga membaiki atau menyediakan tempat tinggal yang lebih baik kepada mereka.

..

Jom bersama-sama kami membantu mereka dengan menyampaikan dakwah Islam agar mereka tidak ketinggalan.

Bantuan daripada anda amat kami hargai


Penafian : Pihak Yayasan Ikhlas akan mengagihkan kutipan sumbangan ke kluster yang memerlukan


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
RM 320 | Sumbangan Untuk Semua
RM 200 | Wakaf Masjid dan Pusat Pendidikan
RM 100 | Pembangunan Insfrastruktur & Air Bersih
RM 20 | Bantuan Makanan dan bahan mentah
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

Yayasan Ikhlas
khidmatpelanggan@yayasanikhlas.org.my
+601159586782